ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH
- * EBM = Expressed Breast Milk
- * Fresh EBM = Susu yg baru diperah
- * Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
- * Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
- Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
- Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.
- Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
- Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
- Kuantiti susu yang diperah
- Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
FRIDGE/FREEZER?
BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
Di Pejabat
Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
- Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
- Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
- Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
- Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)
- (sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
- (selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
- Deep freezer, tahan antara 6 bulan
BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
- susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
- susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
Di Pejabat
- Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
- Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
- Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
- Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
- Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan