Monday 13 January 2014

Carl Jr II dah setahun saya kongsi cerita macam bersalin cser untuk kali ke 2

assalamualaikum..
memang perangcangan ALLAH itu lebih baik dan alhamdulillah..

segala tips dan urutan dan teknik serta senaman telah saya lakukan untuk menikmati kelahiran normal..

sokongan dari sahabat-sahabat di ICAN Malaysia /VBAC support group sangat memberi kesan positive.. terutama kak sofiaazyze yang sentiasa bersama saya sepanjang tempos mulanya rasa sakit hingga saat saya masuk di OT..

pengalaman yang menarik ini saya imbasan kembali untuk tatapan fans saya....

4 jan 2013 - ketika itu saya dh mula rasa sakit tapi 5 jam sekali.. sekejap hilang sekejap datang.. saya hold lagi... =) smile smile smile smile... eat eat eat.... buah kurma memang tak lepas! malam tu sakit dan contration tak rasa pon.. * panik * terus pm kak sofia..

5 jan 2013 - mula ajak husband pergi jalan-jalan cari birth pool... hehehehe... husband refuse but i have a strong reason dia ikutkan juga.. alhamduillah.. berjalan saya dalam keadaan sakit n mengah-mengah... balik terus inform kak sofia keadaan saya.. she advice me to rest... letak aje kepala tidur terus.. wahh relax lagi ni.. * boleh tidur tu kira okey lagi tu *

6 jan 2013 - malam start contration.... alhamdulillah bahagia rasa.. tapi masih belom ada tanda-tanda akan bersalin.. execise as they advice tak boleh tidur malam tu.... amek towel tebal-tebal tilam standby incase nk give birth.. still tak de pape jugak...

7 jan 2013 - husband force to go hospital.. okey ikut sahaja kehendak suami...  sampai hospital dah  cm.. happy =) tunggu turn nk masuk wad.. alamak!! kelas 3 wad tu scary... husband refuse suruh tukar hospital...
alhamdulillh dapat balik rumah dulu... boleh tidur dalam menahan sakit.. petang masuk wad HSI..

in lobour room...
sedih bile masuk dah muka 4 cm. tapi baby still tinggi lagi..then doc pon pecahkan air ketumban.. =(
masa tu terus emergency operation katanya... sedih menangis sepanjang ke ot saya meneran... push push push...

baby dh nak keluar sgt pon~~!
but procedure still goes on... in ot last thing i can see is the light the GA me..

for 2 days mmg tak larat nk pegang Carl Jr II...
im on mofien so my head are all the time tipsy...

sedih sesangat..

ada sambungan cerita but nanti lah ye pengalaman di wad HSI..
>> visit us at rich carl QASEH untuk tips menarik



dah lama juga tak buat power pumping sejak Carl Jr I dah 2 tahun ni....jom kita bincangakan isu yang sering buat you all confuse dan giving up bila susu drop..
Nak share something la dengan mommies out there... saya pun kekadang confuse dengan power pumping.. so saya up kan pasal power pumping... Samelah kita share..

Apa itu Power Pumping?Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik.
Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu

Siapa yang perlukan Power Pumping?1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
  • Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

  • Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki.

Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Boleh cuba QASEH GOLD antara supplement yang menyokong penyusuan susu ibu!!

in syaa ALLAH...

CLICK supplement himpunan makanan sunnah << like byk tips menarik

Sunday 12 May 2013

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu


ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

  1. * EBM = Expressed Breast Milk
  2. * Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  3. * Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
  4. * Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  1. bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  2. bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  3. breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  4. Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
  5. Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.
Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

FRIDGE/FREEZER?
  • Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
  • Peti Sejuk (2 pintu) 
    • bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
    • pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)
    • (sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
    • (selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
  • Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat

  1. Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  2. Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah

  1. Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  2. Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  3. Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya:


Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
sumber dari group KIM


FEEL FREE TO CHECK ON rich carl qaseh

pemilihan breastpump untuk kesesuaian si ibu!!!!

Pam susu? Perlu ke pam susu? Kalau tak ada pam susu tak keluar ke?

Sebenarnya kepentingan mengepam susu lebih kepada ibu-ibu yang bekerja. Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan itu bergantung kepada ibu. Kalau ibu-ibu pandai pam dengan tangan, tak perlulah membeli alat pengepam. Kalau tak mampu beli yang elektrik atau menggunakan bateri, pakailah pengepam manual. Apa yang saya lihat, tidak semua ibu-ibu menggunakan ‘breast pump’ walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih berkesan. Bagi saya pilihlah ‘breast pump’ mengikut keperluan dan kemampuan.


Petikan dari http://viaemma.blogspot.com/


Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam:

  • Mudah digunakan. Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari dengan efisyen. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan.
  • Berat dan saiznya. Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah pam tersebut menggunakan bateri biasa jika sukar mendapatkan bekalan elektrik? Adakah beratnya menjadi beban untuk anda membawa ke sana sini?
  • Kos. Apa budget yang anda ada? Adakah anda ingin menggunakan pam tersebut untuk anak yang seterusnya?
  • Bunyi. Pilihlah pam yang tidak mengeleluarkan bunyi yang kuat semasa anda mengepam.
  • Kelajuan. Berapa lama masa yang anda perlukan untuk memerah susu? Pilihlah pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus (double pumping).
  • Kekuatan menghisap. Pilihlah yang pam yang dapat menghisap dengan selesa serta yang boleh dilaras kelajuan hisapannya.

Jenis-Jenis Breast Pump

Pam Manual
  • Pam jenis ini agak murah dan kebanyakan ibu-ibu mampu memilikinya.
  • Ia digunakan secara manual iaitu memerlukan tangan untuk mengendalikan pam tersebut.
  • Sesetengah pam mempunyai beberapa fungsi butang untung mengendalikan kelajuan hisapan.
  • Jenis pam manual ini hanya boleh mengepam satu-satu payudara.
  • Sesuai digunakan untuk orang yang tidak kerap menggunakan pam.
  • Ianya direka bentuk untuk kegunaan asas berikutan kekuatan atau kelajuan pam bukanlah perkara utama yang ditekankan. Kenyataannya menggunakan pam manual ini agak meletihkan kerana pengguna terpaksa memerah tenaga sendiri untuk mengepam.
 
Pam Menggunakan Bateri
  • Terdapat pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara dalam satu masa.
  • Pam ini sesuai bagi ibu-ibu yang memerlukan mereka mengepam payudara secara tidak kerap kerana ianya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
  • Pengguna dinasihatkan memilih pam ini secara berhati-hati kerana pam dari jenis ini kadang kala tidak dilengkapi dengan fungsi yang diingini.
  • Harganya juga murah dan masih mampu dimiliki oleh ibu-ibu.
  • Model yang rendah kuasanya kadangkala menyakitkan payudara ketika mengepam.
  • Kadangkala pam jenis ini sedikit bising dan memerlukan anda kerap menggantikan bateri dan ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan kos ekstra terhadap bateri tersebut.
 
Pam Elektrik
  • Pam jenis ini mendapat sambutan hangat pada masa ini berikutan ianya senang digunakan serta beberapa fungsi lain yang digemari.
  • Pam ini direka khas untuk kegunaan harian malah boleh dibawa kemana-mana dengan mudah.
  • Boleh dipilih samaada ingin membeli ‘single pump’ atau ‘double pump’ mengikut keperluan pengguna.
  • Ibu-ibu bekerjaya tidak ada masalah untuk membekalkan air susu kepada bayi yang ditinggalkan berikutan pam ini yang sangat bertepatan dengan kehendak ibu-ibu bekerjaya.
  • Model-model baru pam jenis ini ada menambah beberapa fungsi khas seperti beberapa jenis cara hisapan, getaran/gerakan dan perahan.
  • Cara kendaliannya cuma memasang plug pada soket dan tekan butang mengikut arahan. Satu lagi kemudahan lain ialah jika tiada elektrik, pilihan lain ialah dengan menggunakan bateri atau di dalam kereta anda boleh menggunakan adaptor.
  • Mudah dibawa kemana-mana.
  • Model barunya lebih hebat kerana ditambah dengan cara hisapan yang meniru cara hisapan bayi dimana hisapannya agak laju pada mulanya dan kemudian perlahan-lahan. Ditambah pula dengan butang kawalan yang mana pengguna boleh ubah kelajuannya. Model terdahulu tidak mempunyai fungsi seperti ini. Jika anda ingin membeli pam ini, pastikan ianya mempunyai fungsi seperti ini.
 
Saya? Saya hanya ada pengalaman menggunakan pam spectra3 dan medela harmony sahaja. Bolehlah serba sedikit saya ceritakan pengalaman saya menggunakannya.
 
Single Mipump The First Year ( RM 340.00 )

elektik dan bateri
  1. Bunyinya seperti mengulit saya tidur. Agak senyap. Sangat selesa menggunakannya.
  2. Tidak susah untuk menjaganya dan menggunakannya.
  3. 'Rhythmic suction' (seakan-akan bayi anda menghisap)
  4. Boleh laraskan kekuatan hisapan.
  5. Single Pumping 
  6. Mula-mula rasa sakit di bahagian 'nipples'. Tapi itu sementara sahaja. Mungkin sebab kedua-duanya baru nak cari kerasian :)
  7. Corongnya sangat lembut.. syookk!!!!
 
Medela Freestyle ( RM 1400.00 )

elektik dan bateri

  1. Boleh beroperasi dimana jua anda berada.
  2. Sangat ringan dan boleh dibawa ke mana-mana.
  3. Double pumping and single pumping pon boleh
  4. Tak susah menggunakannya.( boleh selit aje pada bra )
  5. Boleh buat kerja lain sambil pump.
  6. Tidak susah untuk menjaganya dan menggunakannya.
  7. 'Rhythmic suction' (seakan-akan bayi anda menghisap) 
    • Ada dua jenis suction rhythmic
  8. Bunyinya masih maintain macam mi pump.. =)
Unimom Manual Pump ( yg ini pinjam kawan punya )
  1. single pump.
  2. mudah and ringan
  3. kalo tandem nursing sangat memudahkan kerja 
  4. pump dia berbentu mcm pistol.
  5. ppart tak banyak mudah digunakan dan di basuh.



 

Ok itu sahaja. Apapun baik atau tidak sesuatu pam itu adalah bergantung kepada kesesuaian individu,cara menggunakan dan cara hidup anda. Selamat membeli!


owh ya... ada beberapa kedai yang menjual breastpump pembeli boleh mencuba terlebih dahulu... bagus kan?? nnti saya update link kedai dimana okey??

sumber dari group KIM

click here ===> CARL QASEH FB FANPAGE





mood tips-tips penyusuan susu ibu!!!


Salah satu usaha untuk menambah stok susu ibu ialah dengan mengamalkan TANDEM NURSING(sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)..Mula-mula memang rasa kekok nk buat kedua-dua perkara ni serentak..tapi,seperti biasa,PRACTICE MAKES PERFECT..Biasakan dengan amalan ini,InsyaAllah perkara ni akan jadi rutin biasa bagi anda.  Antara amalan mengepam lain yang boleh diamalkan untuk menambah stok susu ibu ialah: 
  1. Pam di waktu pagi sebelum bayi bangun tidur. Biasanya waktu pagi buubies sedang engorge.
  2. Pam sedikit sebelum menyusukan bayi. Biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.
  3. Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.
  4. Pam semasa bayi tidur.
  5. Pam sebelum ibu tidur.
  6. Pam di antara waktu tidur (bangun malam untuk pam).

  [Tips tambah susu ibu secara natural]Teknik hypnobreastfeeding:

  1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula
  2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara : melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu - hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  3.  Masuk ke bilik yang sunyi
  4. Pasang zikir/muzik yang menenangkan
  5. Pasang aromaterapi yang menenangkan
  6. Duduk tegak
  7. Rilekskan otot
  8. Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
  9. Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh
  10. Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  11. Masukkan setting positif "Aku boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun".


maklumat dari KIM FB


PERKONGSIANdalam pantang susu mmg tak meriah... tapi selepas pantang inshaa ALLAH meriah.. =) dan satu lagi.... kena ingt... dan selalu bisikkan pada diri dan baby... ibu baru belajar utk menyusukan kamu.. kamu juga baru belajar untuk mengisap susu ibu... mari kita sama2 belajar ye... baby bantu ibu... ibu kasi baby susu sedap.. inshaa ALLAH ianya akan berjaya.. ( sbb saya buat teknik ni masa anak 1st )



jgn hentikan susu jika baby masih menyusu.. jadi baby tak akan menangis... biarkan sahaja selagi dia menyusu.. kadang baby nangis sbb dia lebih selesa berada dismping ibu.. dalam pelukkan ibu... kita kena sentiasa ingt yg selama 9bulan baby dalam perut dalam ruang yg sempit jadi bile baby dalam pelukkan ruangan itu terasa seperti dalam perut lagi,... =)




lihat renungan mata itu??? betapa si anak amat suka dan senang serta berasa selamat berada di dakapan si ibu...


jika kembung.. amalkan tips seperti tuam perut baby.... sapukan minyak yg bersesuaian dgn baby... urut betis baby dan tapak kaki.. ini semua bagi baby merasa selesa... =)


saya harap apa yang saya kongsikan ini dpt membantu sis dalam perjalanan dan target sis nk fully bf baby sis... tabah dan sabar nikmati suasana berpantang dgn belai dan belek2 lah baby sis.. sbb nnti dh naik kerja you got no time for all the moment you spent now and they will be different touch.. sbb baby ni cepat membesar... all the best and tahniah!!!

CLICK HERE ===> CARL QASEH FB FAN PAGE

Friday 3 May 2013

CARL JR II

assalamualaikum...
lama juga saya menyepi kerana masih dalam proses penyesuaian diri untuk pengalaman yang sangat berharga.. alhamdulillah ALLAH telah menberi kesempatan ini untuk berkongsi lagi dengan sahabat-sahabat saya...

apa khabar semua?? pasti ramai yang sedang sibuk pulang ke kampung untuk menunaikan kewajipan kepada negara... untuk itu SELAMAT MENGUNDI kepada semua... ingat ye.. walaupun berlainan parti tapi kita semua tetap rakyat MALAYSIA dan saudara seISLAM.... jangan pula nanti sampai putus saudara dek kerana berlainan parti...

okey kembali kepada niat asal saya berkarya di hengin pagi ini..
sebenarnya nak memperkenalkan anak kedua saya.. iaitu muhammad carl qhalif mohamad asyuat. qhalif telah dilahirkan di hospital sultan ismail jb pada jam 9.59 malam tanggal 07 januari 2013 secara operation.. =(



sedih?? ye memang agak terkilan sebab saya berusaha untuk bersalin normal. tapi ALLAH maha mengetahui.... dan saya bersyukur tiada sebarang komplikasi... untuk perjalanan saya melahirkan akan saya cerita dikesempatan nanti.. =)

actually saya nk bagi tahu item tambahan buat persedian kepada anda semua... dan proses menyusuan anak saya yg kini hampir mencecah usianya 4 bulan dan 1 tahun 7 bulan....

pertama sekali bersyukur ALLAH permudahkan jugak untuk saya dapatkan pump kesukaan saya iaitu medela freestyle... caranya saya main kutu dengan group Kutu/Installment/Group Buy PreciousRai memang best... ye lah pump kesukaan saya ni mahal tak mampu nk beli lamsum so beli cara main kutu lah... 

alhamdulillah... bersemangat buat stock dan pump untuk kedua-dua anak saya iaitu carl qausar dan carl qhalif... bahagia rasa.... =) stock dapat buat lebih kurang 130oz dan skrg ni telah gunakan semuanya.. atas esebab yang tidak dapat dielakkan... dan proses mengumpul semula stock sedang diusahakan... mohon kalian para sahabat saya menbantu saya... mendoakan kejayaan saya dalam menyusukan si abang dan adik.... amin..


owh sekarang cuaca tidak menentu... hujan panas dan penyakit yang balik famous masa cuaca macam ni pastinya selsema / batuk / demam.... huhuhuhu... anak saya baru pulih dari selsema dan batuk kini demam on n off.. 

untuk selsema dan batuk saya tidak memberi mereka ubat.. kerana reseach yang telah dibuat kanak-kanak dibawah usia 2TAHUN tidak DIGALAKKAN diberi ubat... so saya dulu guna teknik tradisi iaitu kunyit dan kapur di calit pada batang hidung... tengok tu comotkan hidung anak saya??? tapi kini ada krem yang sgt bagus malah hidung anak saya tak comot lagi.. =)

saya telah bertukar kepada DR SNEEZE... rawatan yang kini telah membuktikan ianya selamat dan mudah digunakan.. bukan setakat anak selsema sahaja si ayah yang resdung sebelom ini pon telah berjaya gunakan DR SNEEZE.. maka saya jadikan ke dua-dua item yang baru saya kongsikan ini sebagai item harus ada oleh semua sahabat-sahabat...



1) portabal breast pump saya telah memilih medela freestyle... PreciousRia
2) DR SNEEZE sebagai krem untuk selsema dan resdung... icos

semua item ini saya dapatkan melalui online service.. huh... segalanya hanya dihujung jari anda.. itu dia!!!




mandian untuk ibu selepas melahirkan

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

niat  /  bacaan :


sambil sambil tu banyak juga yang saya kongsi di carl qaseh jom klik dan dapatkan lebih info...